PEMILIHAN YANG BETUL

 

MAKAN BOLA..!!

MAKAN BOLA..!!

Anda bukan normal kalau tidak mengenali nama ‘SUKAN’.
Ramai orang dari peringkat muda sampailah uzur meminati sukan bola sepak dan sudah pastinya dari tidur bertukar menjadi mata burung hantu apabila mendengar perkataan ‘BOLA’. Kebiasaannya bola dan padang tidak dapat dipisahkan. Ibarat air yang di cincang tidak akan terputus pada zaman Sekarang, zaman bola dari masa ke semasa sudah lebih jauh modern ke hadapan di era 2000. Pastinya sukan bola terutamanya futsal semakin porpular dan menjadi perbualan topik ‘panas’ di kalangan semua peringkat umur yang meminati sukan bola sepak. Oleh yang demikian tanpa bola atau kasut bola minat seseorang itu ibarat bertepuk sebelah tangan.







‘ANDA HARUS MEMBUAT PILIHAN YANG BERKUALITI’





1.     PILIH KASUT YANG SESUAI@RINGAN 
Pilih kasut yang sesuai@ringan supaya anda mudah untuk mengejar bola dan bermain seperti ‘Cristiano Ronaldo’ dan seperti pemain hebat dunia dan Bukannya untuk pergi pasar membeli barang.


2.     KENALI BAJET ANDA
sebut pasal bajet sudah pasti anda tahu berapa harga yang mampu anda miliki. Sekiranya anda mempunyai lebih-lebih bajet dapatlah anda membeli kasut futsal yang lebih mahal ataupun kasut terhad di pasaran (limited edition). Kesimpulannya, kebiasaan kasut futsal ini semakin mahal harganya, semakin berkualitilah produk tersebut.


3.     TAPAK KASUT TIDAK MUDAH HAUS@NGIGIS.
(Bahasa Baku Sabah)
Semasa anda membeli kasut cuba anda membeli dari pelbagai jenama yang berlainan dan juga pada harga yang berlainan mengikut bajet anda masing-masing. Mungkin daripada perbezaan jenama dan harga anda akan tahu sendiri jenama mana yang lebih sesuai untuk anda, dan lebih lama untuk diguna pakai. Kebiasaannya hampir 90% tapak kasut futsal kesemuanya sama tebal, tergantung pada cara anda bermain dan dimana permukaan anda guna pakai.


4.     PILIH KASUT MENGIKUTI BENTUK KAKI ANDA.
Membeli kasut futsal sebaiknya mengikuti bentuk kaki anda. Sekiranya kaki anda jenis ‘flat foot print’ @ lebar jangan pula anda membeli berbentuk ‘high arch print’ lengkungan tinggi. sebelum anda membeli kasut pastikan ada ruang sedikit dihadapan antara depan kasut dengan ibu jari kaki anda. Tidak perlulah membeli saiz yang lebih besar daripada saiz asal kaki anda kerana kasut futsal yang anda beli dengan ukuran yang anda miliki akan ‘expand’@ membesar sedikit daripada bentuk asal saiz kasut yang anda beli setelah diguna pakai nanti.



5.     PILIHAN WARNA KASUT.
Pilihan warna pada kasut mengikuti posisi/watak anda sewaktu bermain. Jika anda seorang pemain yang agresif sewaktu bermain pilihan warna yang gelap atau dikenali sebagai warna tidak mudah kotor seperti warna hitam, biru gelap adalah sangat digalakkan. Jika anda seorang yang mementingkan gaya dan keunggulan sewaktu bermain, anda boleh memilih warna yang terang seperti warna kuning, hijau, merah yang menjadikan anda ‘one man show’@ diperhatikan oleh penonton sewaktu barmain..




MAKSIMUMKAN PILIHAN ANDA..!
#kasuttsukankuu

Comments

Popular posts from this blog

JENIS JENIS TAPAK KAKI YANG SESUAI DENGAN DIRI KITA